SEPUH..
Sepuh ialah satu proses untuk menajamkan mata alat.. contohnya, seperti senjata, pisau, dan barangan besi.. sesuatu mata alat yang telah siap diasah, akan dibakar terlebih dahulu didalam relau yag menggunakan kayu arang.. selepas mata alat itu merah ianya dicelup didalam air yang dicampur tanah liat.. Proses ini dinamakan sepuh..
PULIH..
Pulih ialah satu proses untuk mengekalkan ketajaman mata alat atau senjata.. Cara untuk pulih,, mata alat itu dimasukkan kedalam dapur (relau).. hujung mata alat itu dilayur,, dan mata pisau yang telah disepuh tadi akan menghasilkan sesuatu warna, mengikut jenis besi.. selepas itu ia akan dicelup lagi kedalam air sejuk..
SEPUH DAN PULIH..
Perkataan sepuh dan pulih ini, digunakan oleh warisan pandai besi(tukang besi).. Pandai besi yang dimaksudkan disini,, adalah orang yang mahir membuat senjata dan peralatan yang digunakan pada zaman dahulu kala.. contohnya,, keris, lembing, pedang, dan parang..
No comments:
Post a Comment